PRORIDE - PROMOSI TAHUN 2017/2018
Brand New from factory!!
Salam sejahtera kepada semua,
Kali ini saya ingin memberikan tips untuk anda tentang bagaimana untuk kita membuat kereta menjadi rendah atau lowered. Ada banyak pelanggan kami meminta penjelasan tentang perkara ini. Saya akan memberikan penjelasan dan pandangan secara ringkas dah mudah untuk anda fahami juga baik dan buruknya.
Beberapa perkara penting yang patut kita buat bagi merendahkan kereta adalah dengan melakukan penukaran beberapa sistem suspension kereta anda daripada standard kepada performance (sport). Ini akan membantu merendahkan kedudukan kereta anda. Di antaranya adalah:-
Tukar spring standard kepada spring sport
Anda perlulah menukarkan spring standard yang anda pakai itu kepada spring sport. Kebiasaannya spring standard,ianya bewarna hitam dan spring sport atau performance pula biasanya berwarna lain dari hitam seperti merah, kuning dsb..carilah yang sesuai dengan kereta anda...bila anda perhatikan kepada spring tersebut, terdapat perbezaan yang ketara pada spring standard dan spring sport..Spring sport lebih rendah sedikit dari spring standard dan lingkaran (coil) nya kurang sedikit dari spring standard..lihat seperti gambar dibawah..
Tukar Absorber Standard kepada Absorber Sport (performance)
Absorber juga akan menentukan tahap ketinggian atau kerendahan sesebuah kereta. Kita boleh membuat perbandingan antara lowered absorber dengan standard absorber dengan mengukur tinggi kaki absorber dgn bahagian hujung abs. Kita juga boleh melihat daripada piston rod atau juga dipanggil stroke. Abs standard lebih tinggi berbanding sport absorber. Lihat seperti gambar dibawah...
Apa yang boleh saya syorkan disini adalah, yang terbaik anda perlu menukar sekali gus Absorber dan Spring Sport yang telah di designkan mengikut spesifikasi kenderaan seperti berat dan ketinggian kenderaan. Bila spring kereta sudah ditukar kepada sport atau yang rendah, maka absorber standard dah tidak relevan lagi. Jadi yang paling sesuai disini adalah Spring sport sesuai dipasang bersama absorber sport dan spring standard sesuai untuk absorber standard.
Kadangkala ada juga pengguna kenderaan yang mengambil jalan mudah dengan memotong spring standard untuk dijadikan spring sport bagi mendapatkan lowered disebabkan kos yang murah, maka hasilnya akan memberi kesan yang teruk kepada absorber anda. Piston rod akan terhentak terlalu kuat bila kereta melalui jalan yang berlubang atau pemanduan yang kasar. hydraulic oil dan seal yang menahan kepada kebocoran juga akan cepat rosak.
Kebaikan dan Keburukan Lowered Kenderaan
Kebiasaan nya adalah untuk menampakan kenderaan anda makin cantik dan sporty juga mendapat corner yang lebih mantap dan stabil dan tidak membuai/membuang (sliding), kestabilan kereta anda juga lebih kukuh. bagi keburukan pula, ianya sama juga dgn yang standard, terutamanya allignment selalu lari...huhu...
KAMI ADALAH RANGKAIAN PENGEDAR PRORIDE TERBESAR DI MALAYSIA
==========================================
JAMINAN 100% PRODUK ORIGINAL PRORIDE
HARGA TERUS DARI KILANG TANPA ORANG TENGAH...
JAMINAN PULANGAN WANG SEKIRANYA ANDA DAPATI PRODUK KAMI TIRUAN
==========================================
JAMINAN 100% PRODUK ORIGINAL PRORIDE
HARGA TERUS DARI KILANG TANPA ORANG TENGAH...
JAMINAN PULANGAN WANG SEKIRANYA ANDA DAPATI PRODUK KAMI TIRUAN
Terima Kasih,
Bro Azrol
Proride Authorized Dealer
0122807651 (call/sms/whatsapp/wechat)
+ comments + 19 comments
Salam tuan blog.
saya ni kureng info bab absober & spring ni.nak tahu, yg belakang mmg absober. tapi yg depan tu absober ke spring ?? depan selain spring ada lagi ke absober ?? utk senang nak pi worksop nanti utk bgtau nak tukar absober/spring.
TQ
salam tuan, nak bagi tahu, kereta kita untuk suspension nie, bahagian belakang dan hadapan semuanya pakai spring dan absorber. Spring dan absorber ini kombinasi yang diperlukan utk sistem suspension.Absorber akan berada di dalam coil spring dua dua akan menyerap hentakan. ya kalau p workshop bagitahu jer nak tukar absorber n spring kereta.
tq
Tuan nak tanya.. berapa harga untuk Standard absober dan spring depan belakang...
TQ//
Salam Tuan, nak tanya macam mana nak tau absorber perlu di tukar..maaf saya ni kurang info pasal Absorber dan Spring kereta...dan berapa harga absorber proride ni kalo yang standard...
TQ
wsalam,
absorber perlu ditukar jika semasa pemanduan, anda akan merasakan gegaran semasa melalui jalan yang tidak rata dan juga bila melalui jalan yang banyak bumper..kereta akan terhentak dengan kuat, bunyi yang kuat juga akan kedengaran, absorber juga akan nampak minyak leaking,juga akan terasa hentakan yang kuat dan keras...bermakna absorber anda sudah rosak dan per lu di tukar..
Harga absorber adalah berlainan untuk berlainan model kereta. So tuan nak absorber untuk model kereta apa tu?untuk mempercepatkan feedback, eloknya tuan call atau sms saya di 0122807651. insyaallah saya akan memberi feedback seberapa pantas yang boleh..tq
Salam tuan,sye pengguna myvi..sye gne spotrim bukak 8 j..so,tyr t,keluar la skit dri body...kereta sye msih spring n absorber stndrd..so,kalau nk kasi lowered n cun,harus k gne adjustable or absorber sport da b,baloi?
Salam bos, kalu untuk lowered keta grand livina perlukah saya tukar absober sport and spring sport. Apa pendapat bos
Salam,
Utk myvi rear absorber dan spring adalah berasingan kalau ikut standard.jika ditukar sport absorber/spring perlu asing atau boleh pakai absorber yg bersekali spring.. (betul ke org panggil coilover).
Tq
as-salam....
saya ada sebuah wira sedan. masalahnya, bahagian belakang kereta nampak lebih mendap berbanding bahagian depan (itu jika tiada pape loading dlm bonet dan rear passengers) dan sekiranya ada loading, kereta saya nampak mcm terjungkit sikit ke belakang (fender hampir mencecah tayar). bila lalu kat bonggola jalan aje, mesti sangkut kat undercarriage. camne nak selesaikan masalah ni utk nampak stabil semasa tiada loading dan ada loading?
tima kasih..
Salam Bro Azrol.
Absorber Swift boleh pakai x untuk Myvi?
Brape harga absorber untuk persona..
salam..kawan pakai viva 660 jer.. tp nk tukaw spring sport n absorber sport..apa yg pling terbaik sesuai ngn harga..kah3
Salam..ade beza x spring sport kancil n viva?
terima kasih kerana bagi penjelasan yang mantap.
Interesting knowledge about car shocks. gatwick parking north terminal
gatwick parking south terminal
Salam Bro..saya pengguna produa alza..digunakan untuk angkut ank2 dan ank jiran kesekolah...kira penuh la..apakah kombinasi spring dan absober proride yg sesuai..skatang ni saya pakai absober pro ride standard..spring asal..
Sprt n absber sport tuk saga brpe..bolh cdng kn tk tuk rndh
mitsubishi mirage baru 1.2cc ada tak model tahun 2014
Spring standard iswara jenama proride ada ke?berapa rm?
Post a Comment