Saya ingin memberikan tips kepada anda untuk penukaran PRORIDE Absorber Sport dan Spring sport untuk kereta WAJA...kebanyakan pengunjung blog dan customer banyak bertanyakan tentang pemasangan absorber dan Spring sebelum memberi sesuatu produk.
Kali ini saya akan memberikan sedikit sebanyak info tentang pemasangan ini.
Selalunya untuk kereta WAJA, spring dan absorbernya sama sahaja dengan WIRA 1.6 atau WIRA SE 1.5. Untuk PRORIDE Sport Absorber colour kuning, ianya mempunyai stroke yang rendah berbanding standard absorber manakala spring sport colour merah pula lebih rendah sedikit berbanding standard spring colour hitam.
Bagi kereta WAJA atau WIRA 1.6, pemasangannya adalah biasa sahaja, tetapi bagi kereta WIRA SE 1.5, ianya menggunakan Sport spring WAJA/Wira 1.6 tetapi perlu dipotong 1 gelung (front coil spring) untuk ianya menjadi ngam, jika tidak kereta WIRA SE anda akan kelihatan menjadi tinggi dibahagian hadapan...untuk kereta WAJA pula, jika anda menggunakan spring belakang wira 1.5, ianya perlu ditambah spring seat 2 inch untuk mengekalkan ketinggian yang normal, jika tidak ianya akan menampakkan rendah dibahagian belakang dan memungkinkan tayar menjadi rapat dan bergesel pada body kereta...menyebabkan bunyi yang tidak menyenangkan hati anda dan juga boleh menyebabkan kerosakan pada tayar dan cepat life...
Jadi, anda dinasihati berhati-hatilah dalam memilih spring kenderaan anda untuk mendapatkan keselesaan yang optimum semasa pemanduan kerana absorber dan spring juga memainkan peranan yang paling penting dalam penjagaan tayar kenderaan anda. Pengetahun tentang absorber dan spring adalah perlu untuk pengetahuan am anda.
Semoga tips dan info ini dapat memberikan sedikit gambaran untuk anda yang bercadang untuk menukar absorber dan spring kereta anda.
Terima Kasih.
Bro Azrol
Proride Authorised Dealer
0122807651 (call/sms/whatsapp/wechat)
Brand New from factory!!
+ comments + 15 comments
Salam, brapa harga utk Sport spring WAJA/Wira 1.6 depan sahaja?
salam, harganya rm230 satu set depan n belakang. tq
bro absorber proride nie ada beza tak ngan absorber standard waja..mn lebih selesa klu pakai...
salam,
Mr Dief akbar,
absorber proride nie memang ada beza sikit berbanding dgn absorber biasa, abs proride nie dari jenis gas (nitrogen gas filled), kalau yang standard OEM, ianya dari jenis minyak. so yang proride nie memang comfort n x bumpy...sekarang nie, kalau pakai yang gas lagi sesuai n selesa.
tq
Bro, kombinasi apa sesuai utk wira s.e 1.5 spya nmpk sporty, x kuat hentk klu bnyk muatan?
Salam.. Bro, absorbr apa yg sesuai utk wira s.e 1.5 spya klihtn sporty n x kuat hentak klu pnmpg naik? Klu ada brape ek?
salam,
Bro marshimaro,
untuk nampak sporty kereta wira 1.5 SE anda, kena la gandingkan abs sport n spring sport, baru lowered n nampak sporty...tapi comfortnya kurang sikit la...bagi saya, encik boleh pakai yang standard abs n spring proride...insyaallah anda akan rasa kelainan..lebih stabil n x hentak2 n x turun bila naik ramai atau muatan banyak..stok barang ada tuan..sila call atau sms saya untuk confirmation.tq
Assalamualaikum En Azrol, boleh saya tahu berapa harga standard absorber (depan & belakang) dan spring standard (depan & belakang) untuk kereta waja. TQ.
salam , ape kombinasi tbaik utk waja dari segi smoooth dan handling ..
saya ad absorber satria 1.6+spring satria gti(rear).. bley ke pasang pd waja?
boleh hantar kat brunei tak??
kalau nak pasang spring sport mesti tukar absorber spring tu ke??
Salam.. Sy ingin bertanya :
1)berapa harga utk full set absorber dan sport spring utk kereta Toyota vios 2nd generasi?
2) adakah terlalu rendah dan tayar belakang akan cecah fender? (tayar sy pakai ialah offset, terkeluar sedikit dr body)
3) jika tayar cecah fender, apakah cara yg sesuai utk elakkan itu berlaku terutama bila membawa penumpang dan muatan penuh?
Tumpang tanya absorber waja boleh ke masuk kt satria.. Boleh ke masuk 4 4 depan dan belakang absorber waja di satria.
Post a Comment