PRORIDE Your One Stop Automotive Suspension And Engine Oil Distributor

Fungsi dan penukaran Brake Disc dan Brake Pad pada kenderaan

Wednesday, January 2, 20132comments

Salam Sejahtera,

Saya akan memberikan sedikit tips tentang apa itu brake disc dan apa itu brake pad dan bila kita perlu menukar disc dan pads serta kenapa perlu ditukar. semoga sedikit sebanyak info ini dapat membantu anda semua.



Apakah fungsi Brake Disc dan Brake pad pada kenderaan

Break Disc adalah suatu cakera yang melambatkan putaran roda oleh geseran yang disebabkan oleh penolakan brake pad terhadap brake disc dengan satu set caliper. Disc brake atau rotor biasanya dibuat daripada besi tuang (cast iron) dari material jenis FC250 atau FCD, tetapi dalam sesetengah kes boleh dibuat dengan bahan komposit seperti reinforced carbon-carbon  atau ceramic matrix composites. Ianya disambungkan ke roda dan / atau gandar (axle). Untuk menghentikan roda atau tayar kenderaan anda, geseran friction material iaitu brake pad yang dipasang pada brake caliper. Bila kita menekan pedal brake, brake caliper ini akan di forced mechanically terhadap kedua-dua belah brake disc kiri dan kanan. Geseran (Friction) akan menyebabkan brake disc dan roda dipegang untuk memperlahankan kenderaan atau berhenti. Brek menukar pergerakan kepada haba panas, dan jika didapati brek menjadi terlalu panas, maka ianya akan menjadi kurang berkesan (less effective), fenomena ini dikenali sebagai brake fade.

Development brake disc style dan penggunaannya bermula di England dalam tahun 1890-an. Jenis kenderaan yang menggunakan brake disc yang telah dipatenkan oleh Frederick William Lanchester di Birmingham, kilang di UK pada tahun 1902 dan digunakan dengan jayanya pada kereta Lanchester. Berbanding dengan Brake Drum, brake disc ini adalah better stopping performance kerana disc adalah lebih mudah disejukkan.







Anda perlu memeriksa brake disc serta lapisan brake disc setiap 15000 km. Anda perlu memeriksa lebih kerap jika brek anda tiba-tiba mula memekik atau mengeluarkan bunyi atau tarik ke satu sisi (pull to one side). Sekarang ini, sudah banyak kenderaan yang mempunyai brake disc pada keempat-empat roda. Ada juga kenderaan yang mempunyai brake disc pada roda hadapan dan brake drum pada roda belakang.

Apabila anda memeriksa brake disc anda, tengok dan ukurlah ketebalan lapisan brake pad (brake pad lining) supaya anda boleh mengetahui sama ada lapisan brek anda sudah teruk/nipis atau masih boleh digunakan lagi. Jika lapisan pad kelihatan menipis hingga hampir pada backing plate, pad perlu diganti.
Kadar kehausan ketebalan pelapik brake pad yang dibenarkan adalah tidak kurang 2 milimeter (mm). Sekiranya ketebalan pelapik brek kurang 2 mm, hujung klip akan bergesel menyentuh brake disc dan bunyi akan kedengaran menandakan paras minimum penggunaan brake pad dan ia harus ditukar dengan segera.
Jika tidak, pelbagai masalah akan timbul apa yang kita panggil secondary defect. Antaranya brake disc akan mengalami kesan calar yang sangat banyak, brake disc akan hangit (terbakar) meninggalkan kesan hitam kebiruan dan ini akan menyebabkan less effectiveness of braking system.
Selenggara dan pastikanlah sistem brek kenderaan anda sentiasa berkeadaan dengan baik kerana di samping memberi keselesaan, ia juga dapat menjamin keselamatan ketika memandu di jalan raya. Periksa brek, elak kemalangan untuk keselesaan dan keselamatan anda.

Terima Kasih

Bro Azrol
Proride Authorized Dealer
0122807651
sagaciousmaa@gmail.com
www.facebook.com/ProrideProduct
http://azrol-everythingsinfo.blogspot.com

Brand New from factory!!

PRORIDE Best Price ever!!


Currently offer price...High Quality with a better price


WHY Pay More for same guality performance you can get ??!!
Share this article :

+ comments + 2 comments

May 12, 2013 at 11:42 AM

salam..
sy nak tye...smlm sy pegi servis keta..n pomen tue ckp sy kene tukar brake disc.. mula2 dia tunjukkan brake pad yg dah nipis... lpas tue dia ckp yg sy kena tukar brake disc... tp dia ada tunjuk n suruh sy rasa sendiri ketebalan brake disc.. sy keliru... adakah brake pad yg patut sy tukar ataupon brake disc? sbb slalunya org tukar brake pad...

May 12, 2014 at 1:39 PM

tetiba tadi ceq tgk...brake disc tayar kiri depan....calar teruk..patut la bunyi semacam je..tak bunyi berdesing pun...kalo brake mesti rasa mcm slow...mcm berat2..huhu ..tak perasan plak sblm ni brake pad dah nipis...tup2 tadi..tgk disc calar teruk .....huhu

Post a Comment

 
Copyright © 2011. PRORIDE - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by PRORIDE
Proudly powered by Blogger