PRORIDE Your One Stop Automotive Suspension And Engine Oil Distributor

Absorber Minyak Vs Absorber Gas

Friday, December 7, 20120 comments

Tahukah anda semua bahawa terdapat dua jenis Shock Absorber kenderaan yang biasa kita guna. Satunya jenis minyak dan satu lagi menggunakan gas. Minyak atau Gas, melaksanakan tugasnya yang tersendiri dan fungsi atau keadaan tertentu mengikut keperluan individu pengguna kenderaan tersebut.
Shock Absorber jenis ‘Minyak’ kebiasaanya digunakan oleh kenderaan yang standard dimana penggunaannya tidak lasak. Absorber jenis minyak agak lembut tapi boleh dikeraskan dengan melakukan “Injection”. Jika Shock Absorber jenis minyak ini bocor atau leaking, ia mudah dikesan kerana minyaknya akan keluar dan menyebabkan suspension kereta terhentak dengan agak kuat. Bagi mereka yang suka memandu secara relax dan santai ianya amat sesuai. Harga pun agak murah berbanding dengan Shock Absorber jenis Gas.



Shock Absorber jenis ‘Gas’ agak ‘keras’ sedikit jika dibandingkan dengan jenis Minyak. Kebiasaannya digunakan oleh kenderaan yang penggunaannya agak lasak dan pemanduan yang mementingkan kelajuan dan keselesaan dan juga kepada mereka yang suka layan ‘Cornering’. Itupun bergantung kepada setup suspension kereta anda… Kalau kereta anda kerap membawa muatan 'load' yang agak berat atau penumpang yang ramai, memang sesuai la gunakan Shock Absorber yang jenis Gas ni. Kalau berlaku kerosakan seperti leaking, ianya mudah dikesan sebab akan ada juga lelehan minyak yang keluar dan sistem suspensi menjadi lembut dan kereta terhentak dengan kuat. Minyak yang ada di dalam Shock absorber jenis Gas ni bertindak sebagai bahan pelincir untuk besi piston Strut nya turun dan naik.



Kalau anda tanya saya mana yang sesuai… saya lebih mengesyorkan Shock Absorber jenis ‘Gas’. Untuk memastikan Suspension System kereta kita sentiasa berkeadaan baik, anda hendaklah membuat pemeriksaaan suspension dan taray anda sekerap mungkin. Untuk kereta PROTON dan PERODUA, jangka hayat sistem suspensi (gantungan) strut absorber (batang penyerap hentak) dan gelung spring adalah 3 hingga 5 tahun. Atau pun mileage 70,000 KM.
Untuk mendapatkan kepuasan yang maximum… apa kata anda cuba menggunakan Shock Absorber dari jenama Proride. Anda boleh call, SMS atau Whatsapp saya 012-2807651 (Bro-Azrol) untuk dapatkan detail produk dan harga Absorber Proride ni.
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. PRORIDE - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by PRORIDE
Proudly powered by Blogger