PRORIDE Your One Stop Automotive Suspension And Engine Oil Distributor

Proride Info : Bilakah Anda Perlu Memeriksa Wheel Alignment

Monday, June 3, 20132comments

Bilakah Anda Perlu Memeriksa Wheel Alignment

Tayar merupakan antara salah satu aspek penting dalam pemanduan.
Tayar yang berada dalam keadaan yang baik dapat membantu meningkatkan keselamatan dan keselesaan ketika pemanduan.
Dalam info kali ini, Proride admin akan menerangkan bilakah masanya yang sesuai untuk memeriksa wheel alignment. 

Apakah itu Wheel Alignment?
Wheel Alignment ialah satu pengukuran yang kompleks dalam sudut suspensi kereta dan pengubah suaian terhadap suspensi kereta.
Dalam maksud yang lebih mudah wheel alignment membantu kereta berada dalam keadaan lurus ketika memandu di jalan lurus. Selain itu ia membantu memaksimakan penggunaan tayar dengan baik.



Bilakah Masa Sesuai Untuk Periksa Wheel Alignment

Tiada penerangan yang spesifik untuk menjawab persoalan ini. Namun begitu, kebanyakan pakar kenderaan menyatakan servis alignment kereta perlu dilakukan, apabila ia mencecah 3,000 hingga 5,000km. Kita boleh hantarkan sahaja ke mana-mana kedai kereta untuk melakukan servis.
Anda juga perlu sentiasa periksa keadaan wheel alignment kereta anda bila mana dalam keadaan :
#1- Kereta anda terlanggar lubang atau melalui jalan yang rosak.
#2- Penggunaan tayar kereta tidak sekata dan tidak normal.
#3- Anda mengalami masalah pada stereng atau pengendaliannya seperti :
§  Kereta anda bergerak ke kanan atau ke kiri ketika di jalan lurus.
§  Stereng kereta tidak memberi tindak balas yang baik ketika mengambil selekoh.
#4- Membeli tayar baru dan mahukan tayar tersebut tahan lama.
#5- Menggantikan komponen pada suspensi kereta atau stereng.

 

Fungsi Alignment Pada Kereta


Alignment bermaksud penyelarasan terhadap tayar kereta agar kedua-dua tayar belakang sama lurus dengan tayar depan.
ni bagi memastikan gerakan tayar berlaku serentak apabila memulakan perjalanan.
Apabila pemilik kereta tidak mengetahui sebarang maklumat tentang fungsi alignment pada kereta, ia akan mendorong kepada beberapa masalah serius pada kenderaan. Antaranya adalah:
§  Tayar terkeluar.
§  Tayar longgar.
Kedua-dua situasi tayar di atas adalah berbahaya. Khususnya ketika kita sedang memandu laju di jalan raya. Oleh sebab itu, penting untuk setiap pemilik kenderaan mengetahui sedikit sebanyak maklumat mengenai fungsi alignment pada kereta.

Berapakah Kos Untuk Membaiki Alignment?

Biasanya kos yang dikenakan untuk membaiki alignment kereta adalah sekitar RM15 hingga RM20 sahaja.



Bagi pemasangan camber nut, ia memakan kos RM15 ke RM35 untuk satu tayar. Camber adalah posisi tayar kereta. Boleh lihat imej bagi memahami kedudukan positif dan negatif camber.

Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
June 8, 2013 at 2:19 AM

You need to be a part of a contest for one of the greatest websites online.

I am going to recommend this web site!

Also visit my web blog buy facebook likes

June 10, 2017 at 3:51 AM

kalo lepas tukar brakepad kena buat alignment atau balancing x?

Post a Comment

 
Copyright © 2011. ABSORBER SUSPENSION STORE - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by PRORIDE
Proudly powered by Blogger